:: my HOT zone ::

KEN@P@ SINGG@H K@L@U T@K M@SUK..
peace ^_^
Bye Myspace CommentsMyNiceProfile.com


Thursday, July 29, 2010

Aku tanpa mu

law bukan kerana dia siapalah aku dalam blog ini.....dia adalah insan terbaik pemberian Allah untuk membantu aku menjalani kehidupan blog ni
hanya kamu
Z

HANYA DIA YANG ADA

Dia ada sebelum dunia ini ada
Dia ada sebelum kita ada
Dia ada di saat yang lain tiada
Dia ada ketika yang ada belum ada
MUSTAHIL bagi DIA untuk ada ketika yang lain sudah ada
MUSTAHIL bagi Dia untuk ada ketika yang ada sudah ada


Dia tidak beranak
Dia tidak pula diperanakkan
tidak beribu mustahil juga berbapa
Hanya Dia yang ada

Dia akan masih ada ketika yang lain ada
Dia masih ada ketika kita ada
Dia masih ada ketika seluruh isi dunia ada

Kekasihnya hanya para Rasul
pekerjanya hanya malaikat
hambanya segala isi alam

Dia akan tetap ada ketika yang lain tiada
Dia akan tetap ada ketika kita tiada
Dia akan tetap ada ketika isi dunia dan alam kosong

DIA TETAP ADA
ALLAH
ALLAHUAKBAR


renungan menyeluruh

Tuesday, July 27, 2010

DEMI MASA

Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian...melainkan yang beriman dan beramal soleh...melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran....

ini makna dalam satu surah yang paling pendek dalm kitab furqan@quran tp padat dengan nasihat yang Allah ingin sampaikan kepada hambaNya....Jika tidak mana mungkin Allah bersumpah...

Demi masa....
Apa itu masa
Masa adalah masa yang telah berlaku
masa adalah masa sedang berlaku
masa adalah masa yang akan berlaku

Demi masa....
Masa adalah
dari detik ke saat
dari saat ke minit
dari minit ke jam
dari jam ke hari
dari hari ke minggu
dari minggu ke bulan
dari bulan ke
tahun dari tahun ke abad
dari abad ke dekat
dari dekat ke......?

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa umur umat ku adalah antara 60 hingga ke 70...tidak termasuk umur subsidi dan masa tambahan

Demi masa.....
Manusia itu betul2 dalam kerugian
Siapa yang rugi....?
orang kaya yang rugi
orang miskin yang rugi
orang bandar yang rugi
orang kampung yang rugi
orang berniaga yang rugi
orang duduk saja yang rugi
orang untung yang rugi
orang rugi yang apa?
orang rugi 2 kali rugi
semuanya rugi
kita rugi ke tak rugi?

Kita sebenaryna rugi,kerana apa kita rugi?
kerana kita memang rugi
kalau tidak mana mustahil Allah bersumpah sebegitu rupa............

Demi masa....
kita sebenarnya kerugian
dunia yang kita kejar tidak akan kemana
sampai masa dan ketika
bila kita sampai masa.....
masa apa?tentulah masa mati

Demi masa....
Janganlah kita hidup dalam kerugian

Buat orang tua2 saya....
INGATLAH
uban dah bertabur
mata dah kabur
gigi dah banyak gugur
kulit dah mula kendur
tunggu masa masuk..............?

Buat orang muda dan teman2 saya...
INGATLAH
jangan hidup dalam kerugian
mati tak kira usia
jangan kita buang masa
masa ada perlu diguna
bukan untuk facebook
bukan untuk friendster
al Quran hanya atas meja
siapa nak baca kalau bukan kita
nk tunggu tua bukan caranya
jangan tunggu tiada masa
nanti mati rugilah kita..


INGAT 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA

masa sihat sebelum masa sakitmu
masa muda sebelum tuamu
masa kaya sebelum miskinmu
masa lapang sebelum sempitmu
masa hidup sebelum matimu


Demi masa...
jadilah kita orang beruntung

sekadar pandangan peribadi >morika<

Thursday, July 15, 2010

sama je

meme jolo ar po ore ramai kato,hidup ni gak supo ngn roda.....metar2 duk datas metar2 duk bawah..tp gak mugo jenis kito ni jenis banggo diri capur denge riok...bab2 koya ni meme nombor satu ah....duk sero hebat po tok mati.....kalu bo ngelah hidup behe tanoh gak tok soh dok agah la kito ni.....supo ayat quran kato"bermegah megah telah melalaikan kamu sehinggalah kamu dibenamkan kedalam tanah(mati)"
nok ko kito mati dale keadaan gitu????.......
kalu hidup ni sero tok lamao gak pandai2 ah mikir...tgok balik dale diri kito ni..ni duk kato kokre kito sediri po gapo.....
kalaulah
hok tino jago diri
hok jate jago diri
hok mudo jago diri
hok tuo jago diri
semo pakat jago diri
hidup pon comel.......

ni dop hok ado kuaso gak duk nnja hok lemoh...pah biso mano kaku buku tok temu ngn ruas...........


pandangan peribadi

Wednesday, July 14, 2010

kita selalu meminta kepada Allah akan sesuatu dengan penuh keinginan dan keikhlasan....
namun apabila keinginan kita tidak ditunaikan kenapa mesti keikhlasan kita kepada Allah mesti tercalar

bukan segalanya..........

indah bukan rupa
harum bukan bunga
manis bukan gula
panas bukan bara
"cinta kan tetap cinta
gelap bukan malam
terang bukan siang
satu tak terbilang
hanyut tak terenang
waktu tak terasa
rindu tak terkata
"asyiknya cinta"

Monday, July 12, 2010

cherita yang tak tercrita.......

aku just nk kongsi somting yang paling aku minat..tp tak ramai yang minat,awek aku pun tak minat sebabnya ideologi dan sokongan kami berbeza..kerana ini adalah kisah politik..
aku ni mmG minat giler ah sampai family aku pun pelik ngn aku ni..aku sendiri pun bengom..
ok jom kite citer ap yang aku taw
SEJAK PRU12(PILIHAN RAYA UMUM)YANG LALU YANG DIBERI JOLOKAN
"TSUNAMI POLITIK",KENAPA??INI KERANA BUAT PERTAMA KALINYA KERAJAAN MALAYSIA(BN) DINAFIKAN KUASA MAJORITI 2/3 DI PARLIMEN OLEH PEMBANGKANG...PEMBANGKANG(PR) TELAH MENGHUKUM KEALPAAN BN YANG BERIYA-IYA MERAMPAS KELANTAN DARI TANGAN PAS,NAMUN BEGITU AKHIRNYA BN KEHILANGAN NEGERI2 LAIN SEPERTI SELANGOR.KEDAH,PENANG DAN PERAK...(REZEKI KALAU DAH XADA,YNG DALAM MULUT PUN BOLEH JATUH LAGI)
INFO:PR-TERDIRI DARIPADA PAS,PKR,DAP
:BN-TERDIRI DARIPADA UMNO.MCA.MIC
SELEPAS PRU12,BANYAK PERKARA SUKA DAN DUKA BERLAKU DALAM POLITIK KUACI DI MALAYSIA ANTARANYA KARAJAAN PR PERAK YANG DIPILIH OLEH RAKYAT TELAH DICABUL HAK PEMILIHAN MEREKA OLEH BN..INIKAH YANG DICANANGKAN OLEH PEMIMPIN BAHAWA MALAYSIA NEGARA BERDEMOKRASI???
SELEPAS ITU JUGA TERDAPAT JUGA PRK(PILIHAN RAYA KECIL) YNG MENYAKSIKAN PERTUKARAN DAN PENGEKALAN KERUSI PARTI,PERISTIWA LAIN JUGA IALAH TERDAPAT BEBERAPA ORANG PEMIMPIN YANG BERPALING TADAH DENGAN MENJADI "KATAK" KERANA MELOMPAT PARTI DAN MEMBENTUK SATU KONSENSUS BEBAS DI PARLIMEN
LAGI PANAS SEKARANG INI IALAH DESAS DESUS YANG MENGATAKAN PRU13 AKAN BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI SETELAH P.M TELAH KEMBALI MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT TERUTAMANYA MASYARAKAT MELAYU....NAMUN APA YANG DIRISAUKAN MEREKA IALAH SOKONGAN PENGUNDI BUKAN MELAYU TELAH MEROSOT TERUK...BAGI YANG BUKAN MELAYU,GULA2 POLITIK BN TIDAK LAGI MEREKA SUKA KERANA MEREKA TELAH SEDAR KESAN EKORAN TERMAKAN GULA2 POLITIK BN....
BAGI PENGUNDI BUKAN MELAYU,SIAPA SAJE YANG LAWAN BN MEREKA AKAN PANGKAH..................
TSUNAMI POLITIK PRU12 TELAH MEMBUKA MATA HATI YANG BUTA DAN TELAH MENGELUARKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG....JADI SELEPAS INI KITA AKAN DAPAT SAKSIKAN GONGCANGAN NALURI PENGUNDI YANG INGINKAN PERUBAHAN KERAJAAN...
ANTARA BN DAN PR,SAMA2 KITA LIHAT KAPAL SIAPA YANG AKAN KARAM DIPUKUL TSUNAMI POLITIK LAGI............
sekadar pandangan peribadi

zack punya hal

sedang "mentry"

Friday, July 2, 2010

first entri di pagi hari~~~

testim2...
1 2 3 4 5 6 7
sambung sendiri..ahakssss..
akhirnyer aku berjaya..
thanks to my pren.....
coz sudi ajar aku wat blog neh..
tq so much..di atas tunjuk ajarmu..
hahahaa..
so..dgn terciptanya blog ini..maka dpt lah aku
mengarang..terkarang..dikarang..pape yg patot..
yg boleh dterima akal..
ertinya tanpa perlu rasa was2...
dijamin suci..murni..gaya..mutu ..keunggulan gtu..
mmm...
agak merapu yer..sbb dah pkul 1 pagii...
agak exited sbb brasil kalah tadi!!
hahahahah..
idop orange!!!

chow lu..aku perlukan tdur yg cukup yer..
utk menyaksikan bola2 api kejap lg..

..tuuuuuuuuttttttttttttttttttttttttt....
offline~~